09 Februari, 2009

Tazkirah Remaja: Usah buka aib sesama Muslim

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

sumber: www.hmetro.com.my

Kata-kata hikmah

MANSUR bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah (antaranya ialah):


* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

* Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

* Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

* Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

* Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

29 Disember, 2008

AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

25 Disember, 2008

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati berhati tidak,

Sentiasa berusaha terus bertindak.

Guru sejati berhati murni,

Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,

Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,

Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,

Kurang cakap banyak bekerja.

16 November, 2008

Bidang Perguruan... Kehidupan Baru...

Tanggal 10 Nov 2008, aku telah pun melaporkan diri untuk berkhidmat sebagai GURU... Aku telah ditempatkan di Sek. Men. Tinggi Kluang, Johor. ^_^

Bidang pendidikan sememangnya mencabar...

14 Julai, 2008

Cam na nak buat server sendiri erk?...

Ermmm... walaupun dah lama berkecimpung di dalam dunia Internet nih tapi aku masih tak dapat menguasai cam na cara nak buat server sendiri... Kalau setakat pakai xampp tuh aku tau dah tapi x mencabar sebab senang sangat dan semua install secara auto oleh bendalah xampp tuh... hehehehe... :)

Yang aku tau kita kena install apache, php, dan nak database? install la mysql... huhuhu... tapi aku x penah try nak install sendiri secara manual... ermmmm... malas kot nak leceh2 buat cam tuh... :P

Dunia Saya

Nama : Muhammad Syukri
Lokasi : Kluang, Johor.
Hobi : Badminton, Internet.